11 Masalah tudung yang wanita bertudung sahaja faham

Pernah dengar 'bad day hijab' tak?
Kalau nak tahu bagi wanita bertudung bila bertudung, salah sikit boleh murung satu hari tau.

1. Tudung kelepet/berombak/kelembung

Tudung macam ni cari pasal. Confirm akan duduk depan cermin berjam. Eh, dalam kereta mesti kejap-kejap tengok cermin. Dah turun tengok lagi. Silap hari bulan, cari toilet nak betulkan tudung.
Memang tak tenang seharian tau.

Masalah tudung tak jadi
Gambar credit: FB Akhtar Syamirr


2. Nak cuba stail baru, tapi jadi entah apa-apa

Ini biasa berlaku. Tengok tutorial kat Youtube macam 'eleh, senang je rupanya'. Tapi bila buat sendiri, ada je yang tak kena. Sampai rasa 'kenapa aku buat jadi buruk?' Sudahnya, buat stail biasa je.



3. Pin akan hilang walaupun beli berjuta.

Masalah pin tudung asyik hilang

Ini memang normal. Pin pun jual bukan mahal. Sekali beli mesti sampai sepuluh pin. Lepas dua tiga hari tinggal satu dua je. Entah pergi mana pun tak tahu. Belum cerita pasal batu pada pin yang selalu hilang.

4. Rambut terkeluar.

Ini antara masalah yang boleh buatkan stress. Kalau toilet dekat atau pun nak buka tudung senang, memang boleh setel masalah rambut terkeluar ni. Bila susah nak setel, mulalah operasi cuba memasukkan balik rambut terkeluar. Biasanya operasi ini akan berakhir dengan rambut lebih banyak keluar ataupun tudung habis carca marba. Murung gila.

rambut terkeluar tudung


5. Tudung favourite carik!

OH NO!!!!! Ini paling disaster. Tudung favourite kalau tercarik memang boleh bertukar jadi singa. Sebab tudung favourite biasanya susah nak dicari ganti. Dah tak ingat tudung tu beli dari mana, lagi-lagi kalau tudung pasar malam. Susah kot nak cari.

oh no reaction


6. Malas nak gosok/ tak sempat iron

Ini salah satu sebab kenapa zaman sekarang ramai yang pilih shawl. Sebab ada shawl yang materialnya tak perlu gosok sungguh-sungguh. Kalau tudung bawal, bila tak gosok, confirm bekas lipat atas awning terpampang! Mencik!

7. Pin tercucuk kat kulit.

Ini selalu jadi. Lagi-lagi kalau pin macam tumpul sikit. Beria cucuk kuat sikit, sekali tercucuk kat jari lah, kulit kepala lah.
cucuk pin tudung



8. Tak ada tudung

Biasa kan dengar alasan perempuan 'tak ada tudung' walaupun almari penuh dengan tudung. Biasanya sebab warna yang dicari tak ada, atau tudung favourite baru jemur pagi tadi.

tudung banyak


9. Tudung terbakar

Antara sebab kenapa malas nak gosok tudung ialah, kalau tersilap suhu, boleh terbakar tudung! Lagi-lagi kalau yang terbakar tu tudung favourite dekat tempat yang jadi awning. Memang frust habis lah dengan iron.

tudung terbakar



10. Warna tudung tak match dengan baju

Orang perempuan bab matching colour baju dengan tudung adalah penting. PENTING SANGAT. Kalau tak sepadan, boleh jadi tak jadi keluar kadang-kadang tu atau tukar baju terus.

Ada pulak yang jenis tiap kali beli baju baru, confirm beli tudung baru sebab rasa tak ada tudung yang match dengan baju.
Ada juga jenis beli tudung dulu, baru beli baju.
Dan ada yang beli tudung warna universal: hitam, beige, kelabu.

Haaaaa

Korang jenis yang mana satu?

11. Kulit nampak gelap dengan sesetengah warna tudung

tips pilih tudung ikut kulit


Di Calligenia Market, kami ada pelbagai jenis tudung dan pelbagai warna tudung. Kebanyakan tudung kami adalah pinless ataupun less pin dan mudah di gosok. Tak perlu lama-lama gosok. Dan nak gayakan pun tak susah. Tutorial memang senang nak ikut.

Kalau nak tengok tudung-tudung yang ada, boleh tengok di page atau instagram kami je ya!

Comments

  1. Assalamualaikum sis.. menarik sgt blog sis ni..sye minta share ye 😊..terima kasih

    ReplyDelete
  2. Lot's of choice and there's a variety of pattern. Seriously, a hijab heaven. My one and only place to buy hijab. You can find tudung bawal and shawl here.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jenis-jenis Tudung ProperHijab

Penjagaan Rambut : Apa Yang Perlu Ada?