Penjagaan Rambut : Apa Yang Perlu Ada?
Selain penjagaan muka, penjagaan rambut juga penting untuk keselesaan sepanjang hari, lagi-lagi buat wanita yang bertudung. Sekiranya rambut tidak dijaga dengan rapi, rambut mudah rosak dan akan berbau.
Sama seperti penjagaan muka, rambut juga perlukan rutin untuk memastikan kesegaran dan keselesan dalam bertudung.
Mari kita kenali produk yang perlu ada dalam penjagaan rambut.
Zaman sekarang dah banyak shampoo yang diformulasi khas untuk wanita berhijab. Pastikan anda memilih shampoo yang sesuai dengan rambut dan masalah anda.
Jangan tersalah pilih! Masalah rambut akan menjadi lebih teruk kalau salah pakai shampoo.
Selepas shampoo seharusnya perlu ada 'conditioner' atau pelembap rambut untuk mengembalikan semua kelembapan dan melembutkan rambut. Ada tiga jenis pelembap rambut.
- 'Rinse-out' atau pelembap jenis bilas
Ini adalah pelembap yang paling biasa. Di mana ada shampoo, pasti ada pelembap jenis ini. Cara menggunakannya sangat mudah.
Selepas selesai bilas shampoo dari rambut, ratakan ke seluruh rambut dan biarkan dalam masa satu hingga dua minit dan terus bilas. Elakkan dari menyapu ke akar rambut, dikhuatiri akan menyebabkan rambut berminyak.
- 'Leave-on' atau pelembap jenis sapu
Sesetengah jenama menawarkan pelembap jenis 'leave-on' ini. Antaranya, Rejoice dan Pantene.
Beza dengan pelembap bilas ialah pelembap 'leave-on' ia tak perlu dibilas.
Sangat sesuai untuk mengelakkan kekusutan rambut dan menyerlahkan kesegaran rambut.
- 'Mask' dan 'Deep Conditioning'
Untuk ini pula, perlu dipakai dalam masa 20-30 minit dan dibilas sehingga bersih. Sangat sesuai untuk merawat rambut rosak dan rambut kering. Boleh digunakan hingga ke kulit kepala dan akar rambut.
Bagi orang yang ada masalah rambut kering, memakai minyak rambut dapat menyelesaikan masalah ini. Ada pelbagai jenis minyak rambut dan antara yang paling terkenal ialah minyak zaitun. Kaya dengan vitamin E sesuai untuk sebagai agen pelembap.
Pastikan memakai minyak rambut sehingga rata ke seluruh rambut.
Bagi wanita berhijab yang suka melancong, shampoo kering ini sangat bagus untuk dibawa. Fungsi shampoo kering ini ialah adalah untuk mengurangkan minyak pada rambut dan mengembalikan kesegaran kulit kepala.
Tapi, harus diingat, selang beberapa jam, rambut tetap perlu dibasuh seperti biasa sebab shampoo kering ni hanya solusi sementara. Fungsinya tak selengkap shampoo biasa.
Untuk masalah seperti rambut gugur, masalah ini terletak pada akar rambut dan sesetengah orang memang tidak cukup dengan menggunakan pelembap.
Bagi penggunaan tonik atau serum, hanya dua ke tiga titik, bergantung pada panjang rambut, dan disapu rata ke kulit kepala untuk menyerap vitamin dari tonik atau serum tadi.
Rambut gugur itu biasa tetapi kalau sehinggakan membotakkan, sewajarnya berjumpa dengan pakar untuk membantu anda.
Sebagai wanita muslim, penjagaan rambut jangan kita abaikan sebab kebersihan dan kekemasan adalah sebahagian dari Islam juga. Janganlah sebabkan kita orang memandang leceh pada pemakaian tudung.
So, apa produk yang wajib korang pakai?
Sama seperti penjagaan muka, rambut juga perlukan rutin untuk memastikan kesegaran dan keselesan dalam bertudung.
Mari kita kenali produk yang perlu ada dalam penjagaan rambut.
1. Shampoo
Fungsi utama shampoo ialah untuk membuang kotoran dan minyak yang berlebihan dari kulit kepala kita.Zaman sekarang dah banyak shampoo yang diformulasi khas untuk wanita berhijab. Pastikan anda memilih shampoo yang sesuai dengan rambut dan masalah anda.
Jangan tersalah pilih! Masalah rambut akan menjadi lebih teruk kalau salah pakai shampoo.
2. Pelembap Rambut
Selepas shampoo seharusnya perlu ada 'conditioner' atau pelembap rambut untuk mengembalikan semua kelembapan dan melembutkan rambut. Ada tiga jenis pelembap rambut.
- 'Rinse-out' atau pelembap jenis bilas
Ini adalah pelembap yang paling biasa. Di mana ada shampoo, pasti ada pelembap jenis ini. Cara menggunakannya sangat mudah.
Selepas selesai bilas shampoo dari rambut, ratakan ke seluruh rambut dan biarkan dalam masa satu hingga dua minit dan terus bilas. Elakkan dari menyapu ke akar rambut, dikhuatiri akan menyebabkan rambut berminyak.
- 'Leave-on' atau pelembap jenis sapu
Sesetengah jenama menawarkan pelembap jenis 'leave-on' ini. Antaranya, Rejoice dan Pantene.
Beza dengan pelembap bilas ialah pelembap 'leave-on' ia tak perlu dibilas.
Sangat sesuai untuk mengelakkan kekusutan rambut dan menyerlahkan kesegaran rambut.
- 'Mask' dan 'Deep Conditioning'
Untuk ini pula, perlu dipakai dalam masa 20-30 minit dan dibilas sehingga bersih. Sangat sesuai untuk merawat rambut rosak dan rambut kering. Boleh digunakan hingga ke kulit kepala dan akar rambut.
3. Minyak Rambut
Bagi orang yang ada masalah rambut kering, memakai minyak rambut dapat menyelesaikan masalah ini. Ada pelbagai jenis minyak rambut dan antara yang paling terkenal ialah minyak zaitun. Kaya dengan vitamin E sesuai untuk sebagai agen pelembap.
Pastikan memakai minyak rambut sehingga rata ke seluruh rambut.
4. Shampoo kering atau 'dry shampoo'
Bagi wanita berhijab yang suka melancong, shampoo kering ini sangat bagus untuk dibawa. Fungsi shampoo kering ini ialah adalah untuk mengurangkan minyak pada rambut dan mengembalikan kesegaran kulit kepala.
Tapi, harus diingat, selang beberapa jam, rambut tetap perlu dibasuh seperti biasa sebab shampoo kering ni hanya solusi sementara. Fungsinya tak selengkap shampoo biasa.
5. Tonik atau serum rambut.
Untuk masalah seperti rambut gugur, masalah ini terletak pada akar rambut dan sesetengah orang memang tidak cukup dengan menggunakan pelembap.
Bagi penggunaan tonik atau serum, hanya dua ke tiga titik, bergantung pada panjang rambut, dan disapu rata ke kulit kepala untuk menyerap vitamin dari tonik atau serum tadi.
Rambut gugur itu biasa tetapi kalau sehinggakan membotakkan, sewajarnya berjumpa dengan pakar untuk membantu anda.
Sebagai wanita muslim, penjagaan rambut jangan kita abaikan sebab kebersihan dan kekemasan adalah sebahagian dari Islam juga. Janganlah sebabkan kita orang memandang leceh pada pemakaian tudung.
So, apa produk yang wajib korang pakai?
Sisyat pakai sunsilk..tp teringin juga nk tukar brand lain ;-)
ReplyDelete